PERANAN TANAMAN PADI DALAM PEMBANGUNAN PERTANIAN DI MALAYSIA: ANALISIS SEJARAH DAN KONTEMPORARI

Authors

  • Mohammed Halib

Abstract

Kemasukan kapital pada awal abad ke-20 telah merombak struktur masyarakat tempatan. Pengeluar-pengeluar telah gagal menikmati sepenuhnya hasil titik-peluh mereka disebabkan oleh tindak tanduk orang-orang yang mempengaruhi pasaran. Perhubungan sosial yang tidak seimbang ini telah berterusan dan menjadi lebih ketara di kebelakangan ini. Langkah-langkah untuk memodenkan kaum tani terutamanya di era pasca kolonial telah meningkatkan lagi jurang sosial dan menggugat landasan material kelas pengeluar. Kewujudan kelas-kelas yang mengaut lebihan dari kaum tani akan terus mencambahkan kemunduran dan kemiskinan. Daya usaha untuk membangunkan pertanian melalui perubahan terancang wajar mengambil kira proses- proses sejarah material setempat, hubungan kelas, dan peranan negara. Pemahaman terhadap peranan tanaman padi dalam pembangunan pertanian di negara ini perlu di hubung kaitkan dengan proses-proses masyarakat yang lebih luas di era pra-kolonial, kolonial dan pasca kolonial. Setiap era sejarah mempunyai ciri-ciri tersendiri yang perlu di hayati untuk memahami keadaan semasa dan juga untuk mencartakan hala tuju masa depan sektor pertanian negara. Satu perspektif yang tepat dan wajar diperlukan. Hujah-hujah yang terlalu bergantung kepada peranan budaya dan tradisi perlu di fikirkan semula. Fungsi budaya dalam selok-belok ekonomi pasaran ternyata tidak mempunyai tempat yang dominan. Perubahan penekanan dari dimensi budaya kepada rancangan-rancangan yang berorientasikan ekonomi tetapi sensitif kepada fenomena-fenomena sosial akan lebih bermakna. Langkah sebegini akan memberikan satu hala tuju barn dalam proses pembangunan pertanian negara.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2004-12-30