ANTARA FAKTA DAN REALITI: SATU TINJAUAN BERHUBUNG PENGLIBATAN DAN PENCAPAIAN KERAJAAN NEGERI SABAH DALAM INDUSTRI PERIKANAN SETELAH MENYERTAI PERSEKUTUAN MALAYSIA SEMENJAK TAHUN 1963

Authors

  • Ismail Ali

Abstract

Negeri Sabah yang dahulunya lebih dikenali sebagai Borneo Utara [North Borneo] sebelum tahun 1963 dan pernah mendapat jolokan sebagai "Land Below The Wind" [Negeri di bawah Bayu] oleh orang-orang Eropah merupakan sebuah negeri dalam Malaysia yang begitu kaya dengan khazanah lautnya. Daripada segi geografinya, Negeri Sabah [76,082 km persegi] mempunyai kawasan perairan seluas 200,000 batu nautika dan garis pantai seluas kira-kira 1,600 kilometer atau 900 nautika persegi. Berdasarkan kepada kajian yang dijalankan oleh Jabatan Perikanan Negeri Sabah menggangarkan kawasan perairan Negeri Sabah mempunyai kira-kira 252,000 tan metrik sumber marin yang mempunyai nilai pasaran domestik dan antarabangsa.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2003-12-25