MASYARAKAT DAN PROTES DI FILIPINA SEMASA REJIM MARCOS, 1960AN-1970AN

Authors

  • Hanafi Hussin University of Malaya

Keywords:

Masyarakat Filipina, protes, Rejim Marcos, Komunis, polis

Abstract

Negara Filipina di bawah pemerintahan Marcos tidak begitu stabil. Di bawah regim tersebut banyak tunjuk perasaan dan rusuhan telah diadakan. Dikatakan bahawa peristiwa ini merupakan gerakan kesedaran sosio-politik. Peristiwa ini berlaku kerana pembangunan yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan telah mengabaikan masyarakat massa Filipina secara keseluruhannya. Ianya diburukkan lagi dengan kerajaan yang rasuah dan juga pihak Amerika yang masih lagi mempengaruhi pentadbiran dan perekonomian Filipina. Keadaan ini telah melahirkan beberapa 'isme' yang mencengkam rakyat Filipina iaitu fasisme, kapitalisme birokrat dan neo-kolonialisme. Ini mengakibatkan rakyat bangun menentang kerajaan khususnya Marcos. Untuk mengatasi penentangan rakyat, pihak kerajaan telah menggunakan kekuatan tentera dan polis.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

1995-12-28