AL-ASMA' AL-HUSNA DALAM WACANA AKIDAH

Authors

Abstract

Allah SWT memiliki nama-nama indah yang dikenali sebagai al-Asma' al-Husna. Kefahaman tentang nama-nama Allah SWT merupakan asas pencapaian ma'rifatullah. Dalam wacana akidah, topik al-Asma' al-Husna yang termasuk sebahagian daripada topik perbincangan al-ilahiyyat dibahaskan oleh para ulama dalam karya-karya akidah yang dikarang oleh mereka. Makalah ini akan menjelaskan pandangan para ulama bermazhab al-Asha'irah dalam membahaskan al-Asma' al-Husna menerusi karya-karya ilmiah mereka. Sebelum itu, akan diterangkan terlebih dahulu bagaimana kefahaman terhadap al-Asma' al-Husna boleh membantu manusia mencapai ma'rifatullah berdasarkan keterangan al-Quran dan al-Sunnah. Makalah ini akan merumuskan bahawa al-Asma' al-Husna mendapat tempat utama dalam karya-karya akidah Islam seperti al-Juwayni (m. 478H), al-Ghazali (m. 505H) dan Fakhr al-Din al-Razi (m. 606H) . Tumpuan perbincangan ialah huraian tentang konsep al-Asma' al-Husna pembahagian nama-nama Allah SWT dan kepentingan al-Asma' al-Husna dalam pembentukan akhlak manusia.

Downloads

Published

2010-06-01

How to Cite

AL-ASMA’ AL-HUSNA DALAM WACANA AKIDAH. (2010). Afkar: Jurnal Akidah Dan Pemikiran Islam, 11(1), 1-54. https://mjir.um.edu.my/index.php/afkar/article/view/2288

Most read articles by the same author(s)

1 2 3 4 > >>