FAHAM ILMU DALAM ISLAM: PENGAMATAN TERHADAP TIGA TAKRIFAN UTAMA ILMU

Authors

  • Mohd Zaidi Ismail Institut Kefahaman Islam Malaysia

Abstract

Meskipun terdapat pelbagai takrifan terhadap ilmu yang pernah dikemukakan oleh para ilmuwan Islam silam, namun, apabila satu-satu takrif itu digunakan pada ketika yang wajar lagi sesuai, ia pasti dapat menjelaskan ciri dan segi ilmu yang tidak diliputi oleh takrif-takrif yang lainnya. Dalam makalah ini, tumpuan diberikan kepada tiga bentuk takrifan yang setiap satunya berperanan menyerlahkan beberapa sifat dan watak ilmu yang utama dan penting. Takrif yang pertama menegaskan bahawa ilmu itu suatu sifat insani yang menerangi; takrif yang kedua pula merumuskan ilmu sebagai pegangan atau kesimpulan yang benar, yakin, dan berasaskan bukti yang munasabah; manakala takrif yang ketiga, sebagaimana yang dirumuskan kembali oleh S. M. N. al-Attas, menjelaskan ilmu sebagai ketibaan ma’na sesuatu pada diri, sekaligus keberhasilan diri menyerapinya.

Downloads

Published

2009-06-01

How to Cite

FAHAM ILMU DALAM ISLAM: PENGAMATAN TERHADAP TIGA TAKRIFAN UTAMA ILMU. (2009). Afkar: Jurnal Akidah Dan Pemikiran Islam, 10(1), 39-60. https://mjir.um.edu.my/index.php/afkar/article/view/2278

Most read articles by the same author(s)