ISLAMIYYAH AL-MA'RIFAH WA ISYKALIYYAH AL-TURATH AL-ISLAMIYYAH: QIRA'AH NAQDHIYYAH FI AFKAR MADRASAH
Abstract
Kajian ini bertujuan memaparkan kaedah dan pendekatan yang didokong oleh ilmuwan Islam moden, khususnya golongan pendokong 'Islamisasi ilmu' ala Institut Antarabangsa Pemikiran Islam (IIIT), dalam berinteraksi dengan isu berkaitan Warisan Ilmiah Islam (turath). Kajian ini mengemukakan pandangan berkaitan kedudukan sebenar persoalan ini serta sebab dan faktor pendorongnya. la juga memperkatakan tentang apa yang dimaksudkan dengan Warisan Ilmiah Islam (turath), skop masa dan isu-isu metodologi berkaitannya. Objektif utama kajian adalah untuk mengemukakan suatu penilaian kritis terhadap 'gerakan' ini.






