THE PRINCIPLE OF THE SYSTEMATIC AMBIGUITY OF EXISTENCE IN THE PHILOSOPHY OF IBN SINA AND MULLA SADRA
Abstract
Makalah ini memperkatakan tentang pandangan Ibn Sina dan Mulla Sadra tentang tahap-tahap wujud andaian (tashkik al-wujud / 'the analogical gradation of existence). Perbincangan dimulakan dengan penelitian ke atas prinsip-prmsip yang digariskan oleh Ibn Sina berkaitan tahap wujud tersebut, diikuti dengan suatu perbincangan ringkas hujah-hujah yang berkaitan, sama ada yang menyokong ataupun yang menolak, sebagaimana yang dikemukakan dalam karya Sadra, Asfar. Makalah ini diakhiri dengan analisis yang mendedahkan perbezaan pandangan di antara Ibn Sina dan Sadra tentang jawhar (substance) dan 'arad (accident).






