RATIB SAMAN: PENGARUH BAHASA DALAM MASYARAKAT MELAYU SAMBAS

Main Article Content

Muhammad Saiful Haq Hussin
Zahir Hj. Ahmad

Abstract

Makalah ini meninjau peranan bahasa yang didominasi oleh bahasa Arab dan bahasa
Melayu dalam Ratib Saman. Ratib Saman bagi masyarakat Melayu Sambas merupakan
suatu aktiviti kemasyarakatan yang bersifat „ritual‟ dalam menunjangi kehidupan
bermasyarakat masyarakat Melayu Sambas. Upacara adat „tepung tawar‟ digunakan
dalam pelbagai aktiviti kemasyarakatannya seperti: Pindah rumah baru; Berubat
kampung; Khitanan; Hamil 7 dan 9 bulan; Mandi belulus pengantin; Hari ke 7 meninggal
dunia dan lain-lain lagi. Upacara tersebut diadakan untuk memohon keselamatan,
kesejahteraan, kedamaian kepada Allah SWT dengan cara memapas atau menyentuhnyentuhkan
objek yang didoakan dengan menggunakan daun lenjuang yang telah
dicelupkan air tepung tawar yang sudah dibacakan dengan doa-doa. Oleh hal yang
demikian, Ratib Saman juga mempunyai fungsi yang hampir sama iaitu untuk memohon
pertolongan dan perlindungan dari Allah SWT agar dihindari dari pelbagai ancaman.
Oleh sebab masyarakat Melayu Sambas yang menganut agama Islam maka tidak
hairanlah kehadiran Ratib Saman juga dikatakan selari dengan kedatangan Islam ke
Sambas. Hal ini dapat disimpulkan bahawa faktor saling mempengaruhi di antara bahasa
Arab dengan bahasa Melayu yang sekali gus turut memperlihatkan pengaruhnya terhadap
teks Hikayat Syeikh Muhammad Saman (HSMS). Oleh hal yang demikian didapati
bahawa Bahasa Melayu yang digunakan dalam HSMS kebanyakannya dipengaruhi oleh
bahasa Arab. Hal ini dapat dikesan melalui penggunaan kosa kata dan tata bahasanya.

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

How to Cite
Hussin, M. S. H., & Hj. Ahmad, Z. (2020). RATIB SAMAN: PENGARUH BAHASA DALAM MASYARAKAT MELAYU SAMBAS. Jurnal Pengajian Melayu (JOMAS), 21(1), 136–151. Retrieved from https://mjir.um.edu.my/index.php/JPM/article/view/25669
Section
Articles