PEMIKIRAN ISLAM DALAM KONTEKS SOSIOEKONOMI DALAM KUMPULAN CERPEN CAHAYA PELITA NURANI ISLAMIC THOUGHT IN THE CONTEXT OF SOCIO-ECONOMICS IN THE SHORT STORY OF CAHAYA PELITA NURANI
Main Article Content
Abstract
Makalah ini melihat pemikiran Islam dalam konteks sosioekonomi
dalam kumpulan cerpen Cahaya Pelita Nurani (2015) karya Nazri
Hussein. Fokus kajian ini adalah untuk (i) mengklasifikasi pemikiran
Islam dalam konteks sosioekonomi dan (ii) menganalisis pemikiran
Islam dalam konteks sosioekonomi untuk melihat perkaitannya dengan
masyarakat yang terdapat dalam enam buah cerita yang dipilih.
Kaedah yang digunakan adalah kaedah kepustakaan, menganalisis
kandungan teks dan pengaplikasian Pendekatan Kemasyarakatan bagi
menguatkan lagi hujah yang ingin disampaikan. Pendekatan ini
melihat sastera sebagai alat pendedahan kepada segala persoalan yang
wujud dan bertujuan mencari kebaikan dan kesejahteraan dalam
masyarakat seperti yang dituntut oleh Islam. Hasil kajian
menunjukkan bahawa pemikiran Islam dalam konteks sosioekonomi
berdasarkan kepada enam buah cerita yang dipilih membincangkan
persoalan kemiskinan dan penindasan, kesamarataan hak,
pembangunan, pekerjaan dan perbandaran sesuai diterapkan dengan
Pendekatan Kemasyarakatan.
Kata kunci: Pemikiran Islam, sosioekomi, pendekatan kemasyarakatan,
cerpen Cahaya Pelita Nurani, Nazri Hussein.