Tajdid dalam Tarekat Sayyid Ahmad bin Idris: Tinjauan Pemikiran Haji Muhammad Fuad bin Kamaludin dan Implikasinya terhadap Pendidikan Islam

Authors

  • Suria Saad Department of Islamic History, Civilization, and Education, Academy of Islamic Studies, Universiti Malaya, 50603 Kuala Lumpur, Malaysia. Author
  • Ahmad Yussuf Department of Islamic History, Civilization, and Education, Academy of Islamic Studies, Universiti Malaya, 50603 Kuala Lumpur, Malaysia. Author
  • Muhamad Nasir Mohamad Salleh Department of Islamic History, Civilization, and Education, Academy of Islamic Studies, Universiti Malaya, 50603 Kuala Lumpur, Malaysia. Author

DOI:

https://doi.org/10.22452/jier.vol11no1.3

Keywords:

Tajdid, Tariqah, Sayyid Ahmad bin Idris, Haji Muhammad Fuad bin Kamaludin

Abstract

Penyelewengan dalam pengamalan tarekat telah mengakibatkan salah faham yang mencemarkan imej Islam dan institusinya. Tarekat sebagai jalur pendidikan rohani dalam Islam, memerlukan pendekatan tajdid bagi menjamin ketulenan dan kesesuaiannya dengan tuntutan zaman. Kajian ini meninjau pemikiran tajdid Haji Muhammad Fuad bin Kamaludin dalam Tarekat Sayyid Ahmad bin Idris khususnya dalam konteks pendidikan Islam. Menggunakan pendekatan kualitatif melalui analisis kandungan terhadap karya dan dokumentasi berkaitan, dapatan menunjukkan tiga asas tajdid utama: kepentingan mengenali mursyid tarekat, penekanan terhadap keilmuan berasaskan Al-Qur’an dan Al-Sunnah, dan pemeliharaan ketulenan amalan tarekat. Kajian ini mencadangkan model pembaharuan dalam pendidikan kerohanian Islam yang berteraskan tarekat sahih sebagai wahana pembentukan sahsiah dan transformasi sosial. Implikasinya menunjukkan bahawa pendekatan tarekat yang berpaksikan ilmu dan sanad sahih boleh diinstitusikan dalam sistem pendidikan Islam kontemporari secara bersepadu dan berstruktur.

Downloads

Published

06-06-2025

Issue

Section

Article

How to Cite

Tajdid dalam Tarekat Sayyid Ahmad bin Idris: Tinjauan Pemikiran Haji Muhammad Fuad bin Kamaludin dan Implikasinya terhadap Pendidikan Islam. (2025). Journal of Islamic Educational Research, 11(1), 20-28. https://doi.org/10.22452/jier.vol11no1.3

Similar Articles

1-10 of 30

You may also start an advanced similarity search for this article.

Most read articles by the same author(s)