Main Article Content

Abstract

Peristiwa gerhana telah wujud dalam pelbagai tamadun dunia dan menerima pelbagai persepsi mengenai asbab dan implikasi kewujudannya. Begitu juga halnya dalam Islam, ia turut berkait dengan kepercayaan kepada kekuasaan Allah SWT, tanda akhir zaman, penurunan Imam Mahdi dan sebagainya. Di samping kepercayaan ini, peristiwa gerhana merupakan satu cabang ilmu dalam bidang falak. Ia mengajar manusia kaedah hitungan dan pergerakan matahari dan bulan bagi mengetahui kedudukan alam semesta dan waktu-waktu tertentu dalam agama. Perkembangan ilmu falak ini telah berlangsung sejak zaman sebelum Islam lagi sehinggalah diwarisi para ulama silam dan seterusnya berkembang ke Nusantara. Perkembangan ini membantu para ulama tempatan membuat hitungan dan cerapan ke atas peristiwa gerhana matahari dan bulan. Antara Kitab yang menjadi rujukan dalam hal ini ialah Kitab Sullam al-Nayyirain fi Ma’rifati al-Ijtima’ wa al-Kusufain yang dikarang oleh Kiyai Haji Muhammad Mansur Betawi. Justeru, kajian dilakukan secara kepustakaan untuk mengkaji sumbangan ilmu falak dalam bidang gerhana dan sumbangan kitab ini kepada perkembangan ilmu falak kepada masyarakat Melayu Nusantara. Kajian mendapati kitab ini telah mendedahkan kaedah hitungan yang memberi nilai terdekat (hisab bi taqrib) kepada tarikh jangkaan peristiwa gerhana yang akan berlaku. Secara tidak langsung, ilmu ini memberi manfaat kepada masyarakat Melayu untuk bersedia sebelum menghadapi peristiwa gerhana untuk ibadat dan hebahan kepada masyarakat.

Keywords

Falak, gerhana, hitungan, tamadun, ulama, Nusantara

Article Details

How to Cite
Jani, M. F., Sulong, J., & Abdul Aziz, A. H. (2016). SUMBANGAN KITAB SULLAM NAYYIRAIN DALAM HITUNGAN GERHANA DI NUSANTARA (The Contribution of Kitab Sullam al-Nayyirain in Calculation of Eclipse Within the Archipelago). Journal of Al-Tamaddun, 11(1), 35–48. Retrieved from https://mjir.um.edu.my/index.php/JAT/article/view/8694